Penyewa bangunan ambil kesempatan di Seri Iskandar

1

PENGUMUMAN untuk menjadikan Seri Iskandar, Perak  sebagai lokasi perniagaan borong seperti di Nilai 3 Negeri Sembilan itu dijangka merancakkan pertumbuhan sosial ekonomi penduduk di kawasan tersebut.

Pada masa ini terdapat beberapa pemaju yang membangunkan bangunan rumah kedai/pejabat untuk dijual dan disewa di Seri Iskandar.

Pembinaan ratusan lot rumah kedai/pejabat oleh pemaju menyebabkan berlaku banyak ruang niaga kosong kerana  tiada penyewa disebabkan harga yang tinggi.

Kebanyakan pembeli bukanlah di kalangan mereka yang menjalankan perniagaan sebaliknya hanya menyewa  kepada mereka yang mahu berniaga.

Akibatnya, satu unit kedai aras bawah di Seri Iskandar disewa antara RM1,600,00 hingga RM3,000.00 sebulan. Kebanyakan pembeli menjadikan pembangunan rancak rumah kedai di kawasan itu untuk mendapatkan ‘keuntungan singkat’.

Sebagai suatu kawasan yang baru membangun, kadar sewa yang tidak terkawal itu akan membantut ramai pihak untuk berniaga.

Seri Iskandar ialah kawasan pertumbuhan ekonomi  baru yang dilingkari oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Rancaknya aktiviti ekonomi di situ banyak disumbang oleh bukan pemastautin tetap yang terdiri daripada kakitangan IPTA, IPTS dan jabatan-jabatan kerajaan.

Oleh itu, sebagai kawasan yang baru membangun, kadar sewa lot rumah kedai/ pejabat yang tinggi yang dikenakan ke atas peniaga adalah tidak wajar dan perlu dikawal oleh pihak berkuasa.

Sewa yang mahal ke atas lot-lot ruang niaga yang disediakan akan menyebabkan ia tiada penghuni dan terbiar kosong. Keadaan ini tidak membantu penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam bidang perniagaan di bandar baru ini.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s