Jauhi rasuah dalam perniagaan

Orang Melayu perlu berpegang teguh kepada nilai hidup rajin bekerja jika ingin terus maju seperti kaum lain terutama kaum Cina yang jauh lebih maju di bidang ekonomi di negara ini. Sekalipun tidak maju sepenuhnya, nilai kerajinan yang dijadikan amalan hidup itu pasti akan menjadikan kaum Melayu lebih maju berbanding sekarang.

Sifat orang Melayu yang kadang-kadang ‘sedikit malas’ dapat dilihat apabila sering menjual lesen yang diberikan oleh kerajaan kepada pihak lain. Mereka hanya hendak dapat untung CEPAT. Tindakan itu pula tidak boleh menjadikan seseorang itu kaya. Jika pemberian lesen itu diberhentikan oleh kerajaan  akan bermulalah usaha menghentam kerajaan yang didakwa tidak membantu.

Bagi mereka yang membeli dan menggunakan lesen itu pula sudah pasti akan lebih maju dan kekal dalam perniagaannya. Jadi sekarang faktor rajin dan tidak rajin adalah faktor penting sama ada Melayu hendak maju atau tidak.

Masyarakat Melayu juga perlu menolak amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan bangsa dan negara. Amalan rasuah perlu diperangi sebagaimana kerajaan memerangi ancaman dadah hingga menjadikan masyarakat umum di negara ini begitu membenci najis tersebut.

Amalan rasuah boleh menjadikan sesuatu kaum itu hilang maruah kerana tidak malu lagi untuk melakukannya bagi mendapatkan sedikit upah. Banyak bangsa di dunia tidak dapat maju hanya disebabkan amalan rasuah, jadi jika orang Melayu masih mengamalkan rasuah, mereka tidak mungkin akan maju.

Apabila rasuah menjadi-jadi sampai ke peringkat tertinggi sehingga sudah jadi budaya dalam masyarakat, lama-kelamaan sesuatu kebolehan akan dikesampingkan kerana semuanya berlaku akibat rasuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s