Berpolitik jangan sampai gadai hak Melayu Islam

KECENDERUNGAN dan kaedah Melayu Islam berpolitik di Malaysia ketika ini berada ditahap membimbangkan kerana ramai yang terbabit di dalamnya tidak faham bagaimana mahu mempertahankan hak dalam  mencapai matlamat politik.

Berpolitik sekadar merebut habuan, kedudukan dan jawatan dengan tidak memperjuangkan nasib orang awam akhirnya akan membawa kebinasaan lebih-lebih lagi yang berpolitik kerana  mahu membalas dendam dan kemaruk kuasa.

Sejarah pilihanraya umum 2008 menyaksikan ramai bekas banduan dan mereka yang bergelar pemimpin jalanan yang  tidak bermoral diangkat menjadi pemimpin. Akibat daripada pemilihan ini, majoriti rakyat kini menjadi mangsa percaturan politik mereka kerana nafsu balas dendam yang membara terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka berlagak seperti kerajaan Malaysia sedangkan mereka hanya menguasai kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kerakusan dan lonjakan minda mereka untuk menguasai Putrajaya seolah-olah membayangkan kerajaan BN yang wujud di peringkat persekutuan ketika ini seperti tidak wujud.

Malangnya yang berfikiran dangkal dan memalukan ini membabitkan ramai pemimpin pembangkang Melayu Islam yang bersekongkol dengan kafir harbi bagi menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih majority rakyat. Majoriti rakyat Malaysia kini sedih melihat konflik politik yang bertali arus yang mengganggu akal dan budi mereka terhadap negara.

Terlalu banyak provokasi politik pembangkang terhadap kerajaan BN yang hendak disenaraikan selepas PRU 2008. Politiking berlebihan dilihat merosakkan pembinaan negara bangsa sehingga ada di kalangan mereka yang dipanggil pemimpin pembangkang ini sanggup menggadai hak mereka yang dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Bayangkan tindakan mereka sekiranya berjaya menguasai kerajaan Persekutuan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s