Mudahnya untuk disaman

PADA suatu masa dulu orang ramai dimaklumkan bahawa tiada lagi saman ekor dikenakan terhadap pengguna jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan digantikan dengan tindakan saman serta merta terhadap pesalah trafik terutama di musim-musim perayaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM itu mengelirukan kerana jika dilihat masih terdapat polis trafik berkamera yang ditugaskan di bawah jejantas, di hutan berhampiran selekoh dan tempat-tempat strategik yang tidak dijangka oleh orang ramai.

Sebagai contoh, jika pengguna melalui jalan Ipoh-Lumut setiap hari, tidak keterlaluan jika dikatakan kemungkinan pemandu kenderaan akan menikmati 4 surat cinta serentak atau berselang hari kerana sepanjang jalan tersebut ditempatkan polis trafik berkamera untuk menangkap gambar pesalah lalu lintas.

Umumnya, jalan Ipoh-Lumut adalah laluan sibuk pada masa ini di mana jumlah kenderaan dilihat bertambah berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

Papan tanda  90 km/s yang diletakkan di beberapa lokasi menjadi perangkap kepada kenderaan yang bertali arus yang menggunakan 2 laluan sehala itu.

Jika diamati kebanyakan pengguna jalan raya itu memandu melebihi had kelajuan tersebut terutama di tempat yang tiada kenderaan keluar masuk yang diletakkan papan tanda 90 km/s.

Ini bermakna setiap pengguna jalan raya tersebut berisiko disaman setiap hari jika menggunakan laluan tersebut melebihi had laju yang ditetapkan.

Ini kerana Ibu Pejabat PDRM Batu Gajah, Seri Iskandar  dan Manjung sentiasa aktif mengenakan saman terhadap pesalah lalulintas terutama di km 21 dan km 29 di laluan Ipoh-Lumut. Antara lokasi yang dikenal pasti ialah berhampiran  APBM, UTP, Seri Iskandar, Bota Kanan, Titi Gantung, Ayer Tawar dan Lumut.

Tidak mustahil anda dikenakan lebih 4 saman sehari jika anda berulang alik melalui laluan tersebut sekiranya anda memandu melebihi had laju 90 km/s.

Bayangkan kutipan yang diperolehi oleh PDRM sekiranya seorang pemandu dikenakan RM300.00 kerana kesalahan memandu melebihi had laju dengan jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut setiap hari?

Anda mungkin bertanya selain pengguna rakyat bawahan, laluan tersebut juga digunakan oleh ramai vvip. Adakah mereka membayar saman atau dikecualikan kerana status mereka?

Ramai yang kemungkinan menjawab bahawa kebanyakan golongan elit ini akan membayar saman sekiranya nama mereka disenaraikan di dalam media seperti yang pernah dilakukan oleh PDRM pada tahun 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s