Ukur baju dibadan sendiri

KETIKA ini ramai di kalangan aktivis politik daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sudah berangan-angan untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Mereka  yang bercita-cita besar untuk diangkat menjadi wakil rakyat perlu mengukur baju dibadan sendiri sebelum menawarkan diri menjadi calon.

Ini kerana proses pemilihan calon wakil rakyat untuk mewakili parti-parti tersebut sekarang bukan mudah seperti sebelumnya.

Rakyat akan menilai setiap nama calon yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon wakil rakyat mengatasi nama parti yang mereka wakili.

Keadaan ini tidak memberi kelebihan kepada mana-mana parti untuk mendabik dada bahawa calon mereka adalah sempurna dari segala segi.

Barangkali pada PRU akan datang ramai calon yang menganggap diri mereka  heavyweight mungkin tersungkur dek undi rakyat.

Rakyat kini tidak sabar menunggu keputusan kerajaan Persekutuan untuk membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya umum bagi mengubah lanskap politik keterlaluan pada masa ini.

Ini kerana majoriti rakyat tidak mahu lagi melihat provokasi politik berlebihan yang dilakukan oleh mereka yang  menganggap diri heavyweight sedangkan mereka sebenarnya hanyalah perosak kepada keharmonian negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s