Lupus saman jadi rasuah politik DAP di Perak

ORANG ramai masih menunggu dan melihat sejauh mana ketegasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mahu mengkapit tayar kenderaan yang mempunyai tunggakan saman dan kompaun dengan majlis itu seperti  yang diwarwarkan tahun lalu sudah berjaya mencapai matlamatnya atau menjadi sebaliknya.

Persoalan yang timbul di kalangan orang ramai ialah kenapa MBI mahu mendisiplinkan orang awam dengan cara itu sedangkan majlis itu sendiri bertindak memansuhkan jutaan tunggakan saman dan kompaun selepas DAP, PKR dan PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Perak  pada Mac 2008.

Tidak perlulah rakyat digula-gulakan dengan tindakan yang membelakangkan undang-undang kerana akibat daripada ‘rasuah politik’ ketiga-tiga parti itu, rakyat sudah mempunyai persepsi tidak perlu membayar saman atau kompaun kerana ia akhirnya akan dilupuskan.

Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh MBI di masa depan diharapkan tidak dijadikan seperti stick and carrot kerana akhirnya ia akan diketawakan oleh orang ramai.

Penguatkuasaan undang-undang tidak perlu dilonggarkan kerana sentimen politik untuk menarik sokongan dalam jangka masa pendek kerana akhirnya orang awam juga yang akan menanggung akibatnya. Ini terbukti daripada tindakan MBI dalam kes ini.

Setelah tunggakan saman dan kompaun dilupuskan, pentadbiran majlis itu akhirnya mengenakan caj kembali ke atas orang awam atas alasan menguatkuasakan undang-undang. Kepada mereka yang selalu kena saman dengan MBI dan melunaskannya, bersediakah anda untuk menerima tindakan yang tidak konsisten ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s