Sifar tanggungjawab ke atas keluarga kian meningkat

DUNIA di akhir zaman ini memperlihatkan kebanyakan wanita bertungkus lumus untuk menyara keluarga sedangkan pihak lelaki leka dengan aktiviti yang tidak membina keluarga dan kadangkala menjadi penyumbang kepada keruntuhan institusi keluarga.

Kenapa fenomena ini berlaku? Adakah kerana salah didikan ibu bapa, budaya masyarakat atau kerana ia sudah menjadi trend di kalangan lelaki pada hari ini?

Ramai yang mahu bergelar suami dan ayah. Namun, apabila memperkatakan mengenai tanggungjawab terhadap keluarga, mereka berada dalam kedudukan sifar lebih-lebih yang kurang pendidikan agama.

Jadi, kepada ibu-ibu hari ini, sedarilah fenomena ini. Didiklah anak lelaki kita menjadi seorang yang bertanggungjawab, tahu mencari rezeki, tahu berdikari, tahu membimbing ke arah kebaikan dan menjadi ketua keluarga yang boleh diteladani serta menjadi pelindung kepada seluruh ahli keluarganya.

Jangan biarkan anak-anak lelaki kita dididik menjadi seorang insan yang suka lepas tangan dan lepas tanggungjawab kerana akhirnya sikap seumpama itu akan memberi beban dan kesalan kepada ahli keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s