Bisnes ‘orang buat, aku pun nak buat’

RAMAI yang bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri. Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau berkhidmat di sektor swasta, anda membayangkan keuntungan yang bakal diperolehi jika menceburi bidang perniagaan.

Oleh kerana itu, ramai yang menceburi bidang perniagaan tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Jika mereka lihat bisnes online menguntungkan, mereka juga mahu terlibat dalam bisnes yang sama.

Jika anda perhatikan, sekiranya di suatu penempatan itu terdapat peniaga yang menjual kad kredit telefon,  akan wujud lagi beberapa kedai yang menawarkan bisnes yang sama.

Akibatnya, apabila berlaku persaingan sesama sendiri, jumlah margin keuntungan akan merudum. Fenomena ini memang ketara dalam bisnes hingga sukar untuk bergerak bagi mengembangkan perniagaan.

Justeru itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes sendiri, pastikan bidang yang anda pilih itu boleh mendatangkan keuntungan tanpa bergelut dengan persaingan sengit.

Jika anda gagal mengenalpasti jenis bisnes di peringkat awal lagi, anda akan terperangkap dengan bisnes yang ‘orang buat, aku pun nak buat’.

Akhirnya, tujuan untuk mencari keuntungan dalam bisnes akan menjadi mimpi ngeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s