Bisnes ‘atas angin’

ADA bisik-bisik daripada rakan-rakan lama dalammedia yang bercita-cita mahu membangunkan bisnesnya sendiri. Namun, kekangan tugas hakiki menyebabkan mereka terjebak dalam bisnes ‘atas angin’ hingga menimbulkan gosip bahawa orang media mudah dibeli dengan wang ringgit.

Saya sebenarnya tidak arif mengenai perkara ini kerana sejak terlibat dalam bidang media pada akhir tahun 1980an, kedua-dua kaki saya hanya menumpukan perhatian kepada tugas hakiki demi kepentingan organisasi yang diwakili.

Tidak timbul langsung difikiran untuk terlibat dalam bisnes atas angin hingga angin yang sepoi-sepoi bahasa membawa isyarat yang salah kepada mereka yang terlibat.

Bila memiliki bisnes sendiri, saya dapat melihat betapa ramainya orang media yang tiada pendirian hingga mendorong mereka mencari ‘makan’ di sebelah kerajaan dan pembangkang.

Jika integrity orang media mahu dipandang tinggi, jauhilah budaya makan kiri kanan kerana akhirnya perkara  yang tidak elok akan dijaja oleh masyarakat.

Perkhabaran buruk bahawa orang media mudah dibeli dengan wang ringgit pada hari ini adalah berpunca daripada wujudnya media baru seperti blog yang dijadikan platform untuk menaik atau menjatuhkan organisasi, individu atau kerajaan melalui sogokan.

Media baru melahirkan ramai blogger yang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri dan menaikkan ranking blognya sehingga ada yang melanggar tatasusila dan etika bidang kewartawanan.

Sehubungan dengan itu, kepada rakan-rakan media elektronik, media cetak dan media baru, awasilah diri anda daripada terjebak dalam bisnes atas angin kerana kesannya amat buruk terhadap diri anda tanpa anda sedari.

Berniagalah seperti ‘anak jantan’ hingga anda berjaya kerana ia berasaskan titik peluh anda sendiri. Jangan guna jawatan dalam media untuk makan kiri kanan kerana masyarakat pada hari ini begitu celik IT yang memungkinkan segala maklumat anda berada di hujung jari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s