Syarat sdn bhd ikut selera pegawai


SEWAKTU melangkah kaki ke dunia bisnes, anda tidak pasti apa akan jadi pada anda untuk mendepani tahun-tahun yang mendatang.

Ada rezeki yang bagus, anda akan cepat survive untuk cover balik pelaburan anda. Mereka yang berniaga  bermula dengan kosong, biasanya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak dijangka.

Di atas kertas, anda yakin anda akan berjaya mencapai objektif bisnes anda mengikut perancangan. Namun, untuk membangunkan bisnes sendiri jauh berbeza dengan membangunkan bisnes yang diberi suntikan modal oleh pihak lain.

Tanggungjawabnya berat dan segala liability akan ditanggung oleh anda sendiri. Mengikut cerita seorang kawan, beliau sudah berniaga lebih empat tahun mengusahakan bisnes western food di sebuah IPTS. Beliau sudah survive dan sudah boleh menyimpan duit.

Namun, duit yang disimpan itu tidak lama apabila terpaksa digunakan kembali untuk modal bisnesnya  dengan membuka premis sendiri di luar IPTS tersebut.

Siapa sangka setelah berhempas pulas lebih empat tahun  untuk menghidupkan bisnesnya, masuk tahun kelima beliau mendapat surat cinta. Beliau dikehendaki mengosongkan premis perniagaan yang disewa di IPTS itu atas alasan bukan syarikat sdn bhd.

Pihak pengurusan IPTS bermain tarik tali dengan meminta  beliau mengemukakan surat rayuan. Apabila surat rayuan dikemukakan, beliau menerima  jawapan yang mendukacitakan. Permohonan rayuannya gagal.

Kemudian datang, pegawai bahagian pengurusan memujuknya kembali berniaga ditempat asal. Beliau menimbangkan tawaran itu. Masuk bulan keempat, beliau diberitahu tempat sudah penuh. Bayangkan dalam masa empat bulan, beliau membuang masa semata-mata untuk mendapatkan jawapan untuk kembali berniaga, tetapi hasilnya menghampakan.

Beliau akhirnya membuat keputusan memulakan bisnes di premis baru dengan mengeluarkan modal yang bukan sedikit akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan IPTS itu.

Yang kelakarnya, mengikut cerita kawan tadi, apabila beliau sudah melabur wang yang banyak untuk beroperasi ditempat baru, beliau telah dihubungi kembali oleh pegawai dari IPTS itu menawarkan tempat untuk berniaga semula.

Sudah tiga kali dia dipermainkan atas alasan dia beroperasi tidak menggunakan syarikat sdn bhd. Masuk kali keempat, pegawai itu pula dipermainkan apabila usahanya menawarkan tempat ditangguh-tangguh oleh kawan tadi dari seminggu ke seminggu.

Kenapa dia berbuat demikian? Jawapannya, mana ada syarikat sdn bhd yang sanggup berniaga di kiosk dalam IPTS dan IPTA jika tidak dapat margin keuntungan yang besar lebih-lebih lagi yang mengusahakan bisnes catering. Oleh kerana keuntungan minima yang diperolehi, syarikat sdn bhd angkat kaki dalam tempoh sebulan berniaga.

Tinggallah pegawai itu terkapai-kapai mencari syarikat yang sanggup memenuhi kiosk bisnes di IPTS itu yang kini kosong . Yang tinggal beroperasi pun hanya menunggu masa untuk angkat kaki. Mana tahan beb?

Menarik bukan? Mudahnya orang yang tiada pengalaman berniaga atas nama pegawai mempermainkan orang yang ada pengalaman dalam bisnes gara-gara syarat sdn bhd IPTS itu.

Akhirnya, pegawai yang hanya makan gaji itu terkantoi dalam tindakannya. Moral daripada cerita ini ialah menguruskan bisnes sendiri jauh lebih hebat dari jawatan pegawai yang suka menunjukkan kuasa yang tidak kena tempat hingga membunuh bisnes yang sudah maju lebih-lebih lagi yang membabitkan sesama Melayu.

Adalah jelas di sini, pegawai itu hanya bersemangat makan gaji sahaja tanpa memikirkan kesulitan orang lain hasil daripada tindakan bodohnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s