Mark up terlampau rosakkan bisnes

“Boleh letak harga lebih sikit, saya nak claim duit minyak,” kata seorang pelanggan.  Apa reaksi anda jika berdepan dengan pelanggan seperti ini?

Dari segi moralnya, pelanggan itu perlu diberitahu bahawa perbuatannya itu adalah salah satu bentuk rasuah. Ini kerana tugasnya itu telah dibayar gaji. Kenapa pula mahu claim hingga menyebabkan kerajaan menghadapi ketirisan bajet jika membabitkan kakitangannya?

Fenomena ini sudah menjadi budaya yang sukar dibetulkan. Andaikata, anda sebagai peniaga berkata ‘tidak’ kepada pelanggan anda, dia tidak akan datang lagi berurusan dengan anda pada masa depan.

Mark up harga ini adalah budaya rasuah yang ‘dihalalkan’ oleh pembeli sedangkan peniaga  boleh mengelak daripada melakukannya jika tidak didesak berbuat demikian.

Jika peniaga sudah menawarkan harga yang rendah, janganlah pula pelanggan mahu membuat keuntungan berlipat kali ganda dengan meminta harga yang lebih tinggi.

Tindakan pelanggan yang mengamalkan budaya mark up harga ini akan menyebabkan berlakunya gangguan pasaran dan proses jual beli produk tersebut.

Dalam beberapa kes yang dihadapi oleh peniaga, ada pelanggan yang telah meletakkan harganya mendahului harga yang diberikan oleh peniaga untuk ditulis dalam invoice atau dibayar tunai.

Ada kes juga peniaga diminta pelanggannya memberi resit kosong yang bercop  bagi membolehkannya  meletakkan harga yang dikehendakinya sebelum diserah ke bahagian kewangan .

Setiap kali peniaga berhadapan kes seperti ini apabila ditanya pelanggan akan menjawab mahu menyelaras harga yang ditetapkan oleh jabatannya dan mahu memenuhi kehendak pihak audit.

Jadi, timbul tanda tanya kenapa perkara begini berlaku? Bukankah ini punca berlakunya rasuah dalam setiap urusniaga?  Perbuatan meminta resit kosong yang kerap dilakukan oleh kalangan pelajar dan staf sebuah IPTA mengundang persoalan yang bukan sedikit.

Jika tidak dituruti, mereka akan angkat kaki ke tempat lain yang boleh menawarkan bisnes seperti itu. Adakah peniaga perlu terikat dengan budaya ini semata-mata mahu mendapatkan job? Jawapannya tidak  kerana jika dituruti bisnes anda jadi rosak akibat perbuatan pelanggan seperti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s