Pertubuhan kebajikan disalahguna untuk bisnes

KERAJAAN perlu menyiasat latar belakang  pihak yang menggunakan nama pertubuhan kebajikan  yang memohon dana untuk  mengadakan program yang melibatkan orang ramai kerana dikhuatiri ia disalahguna untuk kepentingan sendiri.

Dalam satu kes, sebuah pertubuhan kebajikan yang berpusat di Pokok Assam, Taiping telah memohon peruntukan kerajaan negeri melalui  seorang exco untuk mengadakan program  melibatkan belia sempena tahun Melawat Perak 2012.

Program itu telah berjaya dianjurkan mengikut jadual dan peruntukan bagi tujuan itu juga  telah diluluskan.

Bagaimanapun, menurut jurucakap penganjur,  beberapa masalah timbul apabila pertubuhan itu yang dipengerusikan oleh seorang usahawan berjaya tidak melunaskan hutang kepada pembekal yang terlibat membekalkan peralatan untuk menjayakan program tersebut.

Jurucakap tersebut telah dihubungi bertalu-talu oleh pembekal yang menuntut bayaran sejak pertengahan Januari lalu, tetapi beliau meminta pembekal menghubungi pengerusi pertubuhan kebajikan tersebut,

Ironinya, sesiapa pun akan terusik hati untuk mengutip bayaran daripada sebuah pertubuhan kebajikan kerana ia ditubuhkan atas tujuan ‘kebajikan’. Namun, disebalik  nama ‘kebajikan’ itu rupanya ada pihak yang memohon tajaan kerajaan untuk digunakan bagi kepentingan sendiri.

Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya kerana peniaga berurusan  membekalkan barang menggunakan modal sedangkan pengerusi tersebut menggunakan peruntukan kerajaan untuk poket sendiri atas nama kebajikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s