Kisah pesaing yang brutal

TUJUAN utama dalam bisnes adalah untuk memperolehi keuntungan. Pada tahun pertama, anda belum tentu memperolehi keuntungan. Promosi dan pengenalan bisnes anda dilihat amat penting. Anda perlu mengetahui siapa pelanggan sasaran anda dan siapa pula pesaing anda.

Dalam keadaan anda teruja untuk membangunkan bisnes, terdapat suatu elemen yang anda perlu jaga iaitu idea bisnes anda! Jika terlepas ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, ianya akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap kemajuan bisnes anda.

Kebarangkalian idea bisnes anda akan diciplak oleh orang lain adalah amat tinggi. Oleh itu, jangan sebarangan menyerahkan idea bisnes anda terutama yang membabitkan kakitangan bahagian jualan dan pemasaran.

Mereka dilatih untuk menjual idea bisnes. Andaikata anda sebagai peniaga atau usahawan mencurahkan segala idea anda kepada mereka, risikonya amat tinggi jika kakitangan itu tiba-tiba dipecat oleh kerana salah laku.

Dalam banyak kes, kakitangan yang dipecat kerana salah laku biasanya akan bertindak balas terhadap bekas majikannya kerana faktor tidak puas hati dan sebagainya.

Mereka akan melakukan sabotaj dengan menghasut pelanggan supaya tidak berurusan dengan anda atau ada yang bertindak menyaingi anda dengan membuka bisnes yang sama dengan anda!

Inilah senjata mereka bagi membalas dendam terhadap anda!  Golongan inilah yang menjadi pesaing sebenar anda dalam bisnes berbanding orang lain dalam bidang yang sama.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam proses pengambilan  pekerja supaya orang yang anda beri peluang itu tidak menikam belakang anda dengan membuka bisnes yang sama dengan anda. Pengalaman membuktikan bahawa golongan ini memang brutal dan kuat berbohong untuk mencapai matlamat diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s