Elak beri pelanggan berhutang

ANDA baru tiga bulan membuka perniagaan dengan menggunakan modal sendiri. Anda sebenarnya boleh “rolling’ modal yang sedikit itu jika di peringkat awal anda tidak membenarkan pembeli berhutang. Bukan semua jenis bisnes terus dibayar tunai seperti yang biasa kita lihat dalam transaksi di pasaraya.

Jika di peringkat awal, anda sudah terjerat dengan tunggakan hutang pelanggan, percayalah bisnes anda akan berhadapan risiko kecairan kerana anda tidak mempunyai modal pusingan yang mencukupi.

Anda juga kena ingat, bukan setiap hari anda beroleh keuntungan dan mendapat perolehan tinggi. Kadangkala anda berdepan risiko ketiadaan ‘job’ yang menyebabkan anda kekurangan wang tunai.

Jadi, kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan, sila beri perhatian terhadap metodologi bisnes ini. Berdasarkan pengalaman,  jika anda bermodalkan RM10,000.00 dan anda memperolehi job  dengan nilai RM25,000.00 yang dibayar selepas 8 bulan, mampukah anda bertahan?

Penulis pernah mengalami pengalaman perit ini dengan sebuah kementerian. Bisnes yang disasarkan berjalan dengan baik, akhirnya  sukar memperolehi keuntungan mengikut perancangan disebabkan salah satu masalah ini.

Lapan bulan boleh menyebabkan bisnes yang baru bertapak  bungkus. Inilah risiko yang dihadapi oleh orang bisnes jika tidak mempunyai modal besar. Ini belum lagi termasuk karenah pekerja , pembekal, agensi kerajaan dan keluarga.

Jika di peringkat awal, anda memulakan perniagaan dengan pinjaman bank, anda  akan berhadapan masalah yang lagi besar jika tidak dapat memperolehi keuntungan dalam masa singkat.

Penulis bernasib baik kerana memulakan perniagaan dengan modal sendiri. Jika meminjam melalui bank di peringkat awal, sudah tentu tidak dapat bertahan dengan pengalaman 8 bulan itu.

Oleh itu, kepada yang berhasrat memulakan perniagaan, tentukan anda tidak meminjam di bank untuk modal permulaan dan tidak memberi pelanggan berhutang  di peringkat awal lagi demi masa depan bisnes anda.

Kumpulkan pelaburan dengan modal sendiri yang sedikit itu untuk modal bisnes yang lebih besar kecuali anda memulakan perniagaan terus berskala besar. Jika itu keadaannya, anda perlu bersedia menghadapi apa juga risikonya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s