Kawtim

images (2)

PANDANGAN orang yang tidak berniaga selalu menyebut, “kalau you tak ada networking dengan orang politik, you susah”. Pandangan penulis pula berbeza kerana jika anda tidak mempunyai tuan, anda adalah segala-galanya dalam bisnes anda.

Anda bos andalah kuli. Anda yang menentukan perjalanan bisnes hingga ke tahap yang anda mahu. Dengan cara ini, bisnes anda bersih dari istilah kawtim-kawtim mengikut cakap orang Cina di Malaysia.

Jika anda biarkan bisnes anda bertuan mengikut selera orang politik, anda akan berhadapan dengan pro dan kontra  tindakan mereka.

Jika anda diberi projek berharga RM50,000.00, anda kena tentukan 10 hingga 20 peratus adalah untuk tuan anda. Jika anda enggan berbuat demikian,  bersedialah anda dengan akibatnya.

Adakah anda suka terlibat dengan gaya bisnes seperti ini? “Jika you nak projek, beri saya 10 peratus,” ungkap seorang pelanggan orang politik yang berjawatan.

Tidak kira Melayu, Cina dan India yang terlibat, istilah kawtim-kawtim ini kadangkala ‘menggelikan’ anak telinga  mendengarnya.

Anda bayangkan, yang mahu berkautim dengan anda adalah seorang yang berjawatan dan mempunyai gaji setiap bulan. Dengan jawatannya itu, dia mampu  mengumpul kekayaan tanpa mengeluarkan sebarang modal bisnes melalui tabiat buruknya  itu.

Jika dia bernasib baik, kekayaannya akan kekal lama tanpa perlu menceburi bisnes, sedangkan orang bisnes terpaksa berhempas pulas untuk berjaya dalam bisnes demi survival jangka panjang.

Namun, anda kena ingat bahawa mereka yang hidup atas suapan tidak akan terlepas dari hukuman dunia. Cuma masa sahaja yang akan menentukan nasib mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s