MDPT perlu cepat atasi isu kebersihan

MENIMBULKAN tanda tanya? Dari Januari hingga Mei 2012, usaha pembersihan dan mengangkut sampah di kawasan premis perniagaan di sekitar Bandar Seri Iskandar macam flip flop. Sekejap ada sekejap hilang, sekejap buat sekejap tak buat.

Sebagai sebuah bandar baru yang dihuni ramai kakitangan awam, pelajar dan staf IPTA dan IPTS, usaha membangunkan imej bandar ini sebagai bandar yang kelihatan bersih, tersusun pembangunannya dan  hijau amat penting.

Ramai pemilik dan penyewa premis perniagaan di kawasan ini, tentunya berbangga sekiranya Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) memberi perhatian serius terhadap isu kebersihan ini kerana landscape yang menarik menjadi perhatian orang luar untuk mengunjungi bandar ini.

Bandar Seri Iskandar tentunya sinonim di kalangan pelajar IPTA, IPTS  dan keluarga mereka yang datangnya dari seluruh Malaysia setiap kali majlis pendaftaran pelajar baru dan majlis konvokesyen.

Dalam usaha membangunkan bandar ini, adalah penting tahap kebersihan persekitaran bandar ini dipelihara sama supaya  ia sama penting dengan usaha mengutip cukai taksiran dua kali setahun oleh MDPT.

Ini kerana pembayar cukai juga ada hak untuk menikmati kemudahan yang perlu disediakan oleh MDPT dari semasa ke semasa.

Pembayar cukai berhak menggesa MDPT supaya bertindak lebih efisien bagi mengatasi masalah kebersihan dan menyediakan lebih banyak kemudahan prasarana di kawasan ini .

Apa pun masalah yang dihadapi oleh MDPT dengan kontraktor yang dilantik untuk menjaga kebersihan dan mengangkut sampah di sekitar Bandar Seri Iskandar,  pentadbiran yang cekap akan dapat mengatasinya  tanpa membiarkannya menjadi isu setempat.

One response to “MDPT perlu cepat atasi isu kebersihan

  1. salam. saya setuju dengan kenyataan ini. MDPT seharusnya lebih proaktif dalam isu-isu dan usaha-usaha pungutan sampah. selain itu, MDPT juga harus lebih peka terhadap keadaan longkang-longkang dan parit-parit yang ada di sekitar BSI serta kawasan perumahan berdekatan. Sebagai contoh, jika kita pergi ke kawasan premis perniagaan di SIDEC, premis perniagaan di mana terletaknya Pejabat Kesihatan Seri Iskandar serta lain-lain deretan premis kita akan pasti dapat menyaksikan longkang dan parit yang amat memualkan. Ini belum lagi diambil kira keadaan rumput yang seperti berbulan-bulan tidak dipotong. Selain itu, keadaan jalan utama dari BSI ke taman perumahan Bandar Universiti juga amat merbahayakan pengguna. Mungkin jalan itu masih lagi dalam bidang kuasa pemaju, tetapi sekiranya MDPT meminta pemaju menyelenggaranya dengan baik, pasti pihak pemaju akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sikap penduduk BSI sendiri juga amat mengecewakan. Peniaga dan orang ramai membuang sampah di merata-rata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s