Macam-macam kena bayar

images (2)

YANG merunsingkankan orang bisnes sepanjang tahun ialah apabila setiap bulan ada sahaja bayaran yang perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa bermula dengan lesen pbt, ssm, bomba, epf, socso, gaji pekerja, bil-bil utilitI, lesen-lesen yang berkaitan bisnes seperti KDN, kastam, kementerian kewangan, eperolehan, pinjaman bank, sara hidup keluarga dan banyak lagi.

Ini belum termasuk kos sara hidup sendiri seperti membayar pinjaman rumah, kereta, ptptn, bayaran kad kredit, barangan dapur, perbelanjaan anak-anak, duit minyak kereta, duit tol dan bermacam-macam tanggungan lain.

Senarai tersebut adalah yang pasti untuk dibayar belum termasuk saman had laju, denda lewat bayar untuk membaharui lesen, kompaun  dan denda  dengan agensi-agensi kerajaan jika tidak bayar cukai atau lewat dan pelbagai kenaan caj termasuk pihak bank yang kadangkala bersifat seperti ahlong.

Jadi, jika anda tidak bersedia untuk berdepan dengan seribu satu macam bayaran tersebut, anda perlu bersedia kerana perkara yang dinyatakan di atas adalah dari kisah benar yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan.

Jika anda selesa makan gaji sahaja, lebih baik teruskan sahaja supaya kek pendapatan anda tidak dibebani oleh pelbagai bayaran setiap bulan. Ketahuilah bahawa agensi penguatkuasa kadangkala hanya menggunakan buku dalam tindakan mereka daripada menggunakan akal, budi bicara dan timbangrasa.

Nasib orang bisnes bukan untung setiap hari atau setiap masa. Jika bisnes anda memperolehi purata pendapatan tunai RM1,000.00 sehari, anda boleh memperolehi pendapatan RM30,000.00 sebulan. Ini belum lagi ditolak dengan pelbagai perbelanjaan dan bayaran yang perlu dilunaskan setiap bulan.

Ramai yang berjiwa besar mahu memiliki bisnes sendiri dengan usaha yang sedikit. Dalam bisnes, usaha yang sedikit tidak akan menjamin pulangan yang besar.

Ramai yang terlibat di dalam bisnes mahu memperolehi keuntungan dengan cepat. Mereka yang tiada bisnes pun mahu tumpang ‘atas angin’ melalui kuasa yang mereka miliki. Ini hakikat yang terpaksa ditelan oleh orang bisnes.

Kadangkala, usaha keras juga tidak memadai sekiranya pelbagai ancaman dan rintangan dalam bisnes gagal diatasi terutamanya yang meminta ‘under carpet’. Apa pun minat yang anda tunjuk terhadap bisnes, bersedialah untuk menghadapi segala macam rintangan dan halangannya sebelum anda benar-benar berjaya. Semangat juang yang tinggi amat penting dalam bisnes.

Jika anda bermentaliti makan gaji dan mahu meletakkan diri anda dilihat sebagai bos, adalah lebih baik anda teruskan sahaja kerjaya anda itu. Bisnes bukan untuk cuba-cuba. Suka buat tidak suka tinggal. Bagaimana anda mahu meningkatkan ekonomi bangsa, jika anda  mempunyai mentaliti seumpama itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s