Agensi kerajaan dan peniaga

images (2)

DUA puluh tahun dalam kerajaan dan lebih lima tahun dalam bisnes memberi kelebihan untuk menilai sejauhmana agensi-agensi kerajaan membantu usahawan khususnya usahawan bumiputera  untuk bertapak lebih jauh dalam dunia yang penuh persaingan itu.

Di peringkat kerajaan pusat, slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ diperkenalkan manakala di peringkat negeri dicipta slogan ‘tiada terpinggir, tiada tertinggal’ yang dijadikan kaedah untuk  menarik perhatian rakyat menyokong  usaha kerajaan.

Pun begitu, sejauhmanakah ia berjaya menambat hati rakyat di peringkat akar umbi jika proses penyampaian agensi kerajaan masih lagi dilanda sikap tidak peduli teguran rakyat  dan menganggap segalanya mereka tahu.

Jika sistem penyampaian dan pelaksanaan  dasar kerajaan tidak dipantau, usaha baik kerajaan yang memperkenalkan pelbagai transformasi untuk faedah rakyat akan menjadi indah khabar dari rupa.

Hakikatnya, mereka yang berada di luar sektor awam melihat urus tadbir di sektor itu banyak menyusahkan dari menyenangkan apabila  berurusan dengan mereka yang menunjuk sikap bodoh sombong, terlibat dengan politik kepartian dan menunjuk kuasa.

Urusan yang mudah disusahkan dan mengambil masa. Bagi peniaga pula, mereka tiada masa untuk melayan sikap sambil lewa kakitangan awam dalam melaksanakan tugas mereka.

Begitu juga harapan orang awam yang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Mereka mengharapkan nilai bersih, cekap dan amanah menjadi budaya yang menjadi tanda aras kejayaan dasar kerajaan.

Jika sikap kakitangan awam ini tidak berubah, ia menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Kita tidak perlu menegur sikap kakitangan awam di negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR kerana urus tadbir, sistem penyampaian dan pelaksanaannya lagi lemah hingga berhadapan dengan bantahan bertali arus dan gegak gempita daripada rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s