Ketahanan mental penting dalam bisnes

home-dfp-small-businessMENCEBURI bidang bisnes memerlukan persediaan fizikal dan mental yang kental. Modal bukan menjadi faktor penentu kepada jatuh bangun bisnes yang anda usahakan.

Seringkali mereka yang berminat untuk menceburi bisnes memikirkan mengenai modal terlebih dahulu dan bentuk bisnes yang hendak diusahakan dan di mana lokasinya.

Namun, di luar sedar, ancaman luaran yang lain yang berliku sifatnya lebih menduga kesabaran dan keyakinan untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan.

Pendek kata, anda perlu menyenaraikan bentuk ancaman dalaman dan luaran sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan bisnes.

Bentuk ancaman dalaman seperti hilang sokongan keluarga, sahabat handai, pekerja yang khianat, usaha disabotaj dari dalam, masalah ketahanan mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang perlu diambil kira.

Begitu juga kesan ancaman luaran terhadap kemajuan bisnes anda. Jika anda tiada pesaing, ia merupakan suatu bonus. Namun, anda jangan terkejut, usaha anda akan diperhatikan dan kemungkinan pesaing baru akan muncul apabila melihat anda berjaya.

Di sinilah bermulanya perlumbaan dalam bisnes. Jika strategi bisnes anda diketahui pesaing, ini adalah permulaan kepada masalah. Di sinilah akan bermulanya perang harga dan bermacam strategi jualan muncul.

Dalam perlumbaan mengejar kek ekonomi yang kecil ini, akan timbul pelbagai sifat buruk di kalangan pesaing yang anda tidak jangka. Kelalaian anda mengawal bisnes anda memungkinkan anda menjadi mangsa sikap buruk mereka.

Maksudnya, apabila anda berjaya, akan timbul pelbagai servis caj dan bayaran cukai yang akan anda hadapi. Ketika itu, pesaing anda akan bertepuk tangan kerana usaha untuk melenyapkan bisnes anda berjaya. Mereka ini yang akan mencari fasal dengan anda.

Namun, anda tidak perlu patah semangat. Jika anda betul, anda perlu teruskan bisnes anda dengan menceburi bidang baru yang lebih selamat. Jauhi sikap dengki sesama sendiri dalam bisnes. Mereka yang berbuat demikian tidak akan selamat di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s