Pengundi Lembah Kinta belum serik?

download

WAKIL rakyat pembangkang di Perak khususnya di kawasan bandar hanya mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memajukan kawasan yang  dimenangi mereka dalam pilihan raya umum ke-12  (pru12) pada 2008.

Contohnya di kawasan parlimen dan DUN pembangkang di Lembah Kinta. Rakyat sudah melihat tahap keberhasilan wakil-wakil rakyat di kawasan itu yang menghabiskan sumber kewangan mereka untuk tujuan politik sepanjang masa.

Soal pembangunan kawasan dan masalah rakyat pelbagai kaum di kawasan itu hanya menjadi beban kepada penjawat awam untuk menyelesaikannya. Jika pun ada usaha bagi menyelesaikan masalah orang ramai, ia hanya secara terpilih bukan menyeluruh.

Tumpuan terhadap kerja politik mengungguli minda pembangkang serta penyokong mereka selepas pru12. Kalau dilihat bekerja dan diadakan program sekalipun, ia hanya berpusat kepada satu-satu kaum.

Setiap kali orang ramai mahu mengadu masalah yang dihadapi, mereka terpaksa mencari wakil rakyat kerajaan bagi menyelesaikannya. Jika wakil rakyat kerajaan dan pembangkang gagal menjalankan tugas mereka, bermakna satu undi yang diberikan dianggap tidak penting kepada mereka.

Oleh itu, majoriti besar yang diberikan oleh pengundi di kawasan tersebut kepada pembangkang dalam pru12 ternyata sia-sia. Ramai yang menaruh harapan berlakunya perubahan besar jika pembangkang diberi kuasa memerintah hanya indah khabar dari rupa.

Yang merana ialah rakyat jelata yang terpedaya dengan janji-janji indah lidah tidak bertulang sepanjang kempen pru12.  Adakah anda belum serik lagi?

Oleh itu, menjelang pilihanraya umum ke-13, diharapkan pengundi di kawasan itu menyedari kesilapan mereka dan kembali memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah di peringkat persekutuan bagi memastikan segala bentuk pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s