Bahana media sosial

images (2)Kemajuan pesat teknologi maklumat di negara ini telah mencetuskan fenomena baru dalam penyebaran maklumat hingga sebarang maklumat boleh dicapai di hujung jari.

Dalam mengharungi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), media sosial sekali lagi dijadikan medan menyebarkan maklumat sama ada membawa pengaruh positif mahupun negatif.

Selain mendapatkan maklumat, ia juga digunakan untuk bertukar fikiran atau berforum. Namun, sejak kebelakangan ini, media sosial lebih banyak digunakan  untuk menghentam atau dijadikan medium untuk memfitnah orang yang berbeza pandangan dan ideologi politik.

Media sosial yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan kini bertukar menjadi medan pertempuran ideologi politik hingga membawa ketepuan pemikiran serta mampu menggugat ketenteraman awam.

Kesan penulisan tidak beretika di media sosial ini menjadi ancaman baru terhadap keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini lebih-lebih lagi ketika negara ini di ambang PRU13.

Sejak pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu, pertempuran ideologi politik oleh pelbagai pihak di media sosial dilihat semakin rancak dan panas hingga ketahap menghasut.

Menjelang penamaan calon, pertempuran trafik di media sosial semakin intensif dengan pelbagai pihak cenderung mengemukakan pandangan menghasut dan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ada di kalangan bloggers dan pengendali media sosial seperti facebook, twitter dan instagram yang sudah menetapkan calon yang akan disokong mereka dan menafikan hak orang lain yang mungkin lebih layak hingga menimbulkan kecelaruan di kalangan pendukung parti.

Perkembangan ini adalah tidak sihat apatah lagi jika maklumat oleh bloggers atau penulis upahan ini hanya bersumberkan khabar angin atau grapevine, bersandarkan tanggapan sendiri atau merekayasa tanpa batasan.

Keghairahan untuk menulis hingga di luar rasa bertanggungjawab ini perlu dibendung dan dipantau oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya kebaikan media sosial ini tidak disalah guna untuk menghasut, menyebar khabar angin dan memfitnah.

Rakyat berhak untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai asas dan fakta. Kecelaruan maklumat di media sosial ini diakses tanpa had malah ia melebihi akses terhadap media arus perdana dan tradisional.

Justeru, jika pengamal media arus perdana terikat dengan Etika Kewartawanan, maka pengendali media sosial juga perlu mengamalkan etika yang sama, bukan hanya melontarkan pandangan melulu tanpa rujukan dan sesedap rasa.

Perlu diingat, penyebaran khabar angin dan maklumat palsu serta fitnah secara berleluasa di media sosial boleh menggugat kepercayaan massa, menggugat keharmonian, ketenteraman awam serta memberi kesan terhadap kestabilan ekonomi, politik, sosial serta keselamatan negara.

Bagi mengawal keadaan ini, penguatkuasaan undang-undang oleh SKMM adalah langkah tepat yang diharapkan. Jangan biarkan kaduk naik junjung kerana negara ini dibangunkan atas asas keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s