Harapan kepada calon

images5

PROSES pengumuman calon Barisan Nasional (BN) negeri ini untuk berdepan cabaran sebenar pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah selesai. Pengumuman yang disempurnakan oleh Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini telah menjawab segala spekulasi mengenai senarai calon dan tempat yang ditandingi BN.

Semua calon yang dipilih akan berhadapan dengan rakyat untuk menentukan siapa sebenarnya yang layak mewakili 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 24 kerusi Parlimen di negeri ini dalam PRU13.

Yang dipilih sebagai calon dan yang tidak terpilih sebagai calon, bukan isu lagi. Cabaran sebenar ialah apakah calon yang sudah disenaraikan itu mampu memberi kemenangan lebih 2/3 kepada BN di negeri ini? Kepada yang menjadi calon jangan biarkan diri dalam fantasi lagi.

Kepada yang tidak terpilih sebagai calon sudah acapkali diperingatkan supaya tidak mensabotaj parti dengan menyokong pihak lawan. Berdasarkan pengalaman PRU12, kekecewaan calon yang tidak terpilih hanya sementara waktu tetapi kesan daripada perbuatan sabotaj, BN negeri tersungkur.

Justeru, adalah berasas apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat yang bakal mengundi kerana mereka mengharapkan perubahan.

Kepada yang terpilih menjadi calon pula. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan mereka supaya bersikap merendah diri apabila turun padang bertemu rakyat.

Menurutnya, rakyat itu umpama raja, calon ini sebagai hamba yang berkhidmat untuk raja. Justeru, apabila berjumpa rakyat, mereka hendaklah merendah diri, bersuara lembut dan jangan sesekali memaling muka apabila dipanggil. “Apabila salam dengan rakyat, pandang dan lihat mata mereka kerana merekalah penentu nasib kita (BN),” katanya.

Perlu diingat bahawa Perdana Menteri telah melakukan penilaian yang ketat ke atas kredibiliti semua calon yang terpilih dan menimbang pelbagai faktor kerana mereka akan menjadi barisan transformasi dalam memenuhi jangkaan serta harapan rakyat. Tidak kira kepada calon baharu atau penyandang, mereka adalah calon barisan transformasi kerajaan yang akan menentukan hala tuju negara khususnya dan negeri ini pada amnya.

Oleh itu, adalah penting mereka bersedia dari segi ketahanan mental, fizikal dan spritual dalam mengharungi pilihan raya umum kali ini bagi memastikan kemenangan lebih besar kerana pilihan raya umum kali ini adalah dianggap ibu kepada semua pilihan raya umum sebelum ini.

Sebenarnya, apabila mereka berjaya memenangi pilihan raya, tanggungjawab yang menunggu mereka sebagai wakil rakyat amat berat. Sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam politik mesti sanggup berkorban demi parti, bangsa, agama dan negara tanpa mengira apa yang akan diperolehi oleh diri sendiri.

Jika tidak terpilih sebagai calon banyak lagi cara boleh dilakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan bergerak aktif dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Janganlah letak diri kita sebagai rakyat yang tidak tahu mengenang budi dan mengkufuri nikmat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s