Keharmonian atau provokasi

images

RAKYAT Malaysia sudah membuat keputusan memilih Barisan Nasional (BN) memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Anehnya, pihak yang gagal membuat penafian dengan mengheret rakyat melakukan demonstrasi menentang keputusan tersebut. Tindakan provokasi melampau itu bukan sahaja mengundang ketegangan kaum  malah menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.

Persoalannya, adakah wajar tindakan sebahagian anggota masyarakat kita menyekutukan diri bersama pembangkang membantah keputusan PRU13? Jawapannya tentu tidak wajar kerana tindakan itu menafikan hak majoriti rakyat yang telah memilih kerajaan yang mereka kehendaki.

Kepada pihak pembangkang, belajarlah menerima hakikat dan menghormati proses demokrasi di negara ini. Jika tidak mahu mengiktiraf kerajaan BN, pastikan juga mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang mereka bentuk di Pulau Pinang dan Kelantan kerana sistem pilihan raya yang digunakan adalah sama.

Pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk menerajui kerajaan.

Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, sediakan barisan  peguam-peguam pembangkang yang dikatakan hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi.

Janganlah diheret rakyat dengan menyertai perhimpunan atas manifestasi kegagalan peribadi dan kegagalan merebut kuasa semata-mata untuk mengelirukan mereka dengan fakta yang salah dan berbaur hasutan.

Justeru, tindakan mereka berdemonstrasi secara haram seperti yang berlaku di negeri ini pada Sabtu dan Ahad (semalam), membuktikan mereka yang terlibat dan sudah dipilih menjadi wakil rakyat tidak memiliki sikap seorang pemimpin yang perlu dihormati kerana mengajar rakyat melanggar undang-undang.

Kepimpinan pembangkang sudah memberi signal yang salah kepada majoriti rakyat bahawa mereka merupakan kelompok yang tidak sedarkan diri dan tidak berterima kasih di atas kebaikan yang dihulurkan oleh kerajaan BN selama ini.

Sepatutnya, inilah masanya untuk rakyat semua kaum melangkah ke hadapan bersama-sama memakmurkan  dan memajukan negeri ini khususnya dan negara amnya, bukannya menjadi alat kepada anasir perosak demokrasi.

Perlu diingat bahawa majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan mainan politik ala sarkas oleh pihak pembangkang ini. Suhu politiking sudah lama panas dan semakin tinggi. Situasi ini boleh memuncak sehingga memudaratkan negara jika tidak terkawal.

Jangan sangka api di dalam sekam tidak akan menyala kerana ia ibarat suara rakyat yang diam akan meletup kerana tidak tahan dengan karenah melampau yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Kepada golongan penentang kerajaan, adakah mereka mahu provokasi dan politiking ini berpanjangan sehingga majoriti rakyat yang senyap bangkit menentang mereka kerana terlalu mual dengan sikap biadap yang mereka tunjukkan.

Kita percaya masih ramai rakyat di negara ini yang masih waras menentang provokasi melampau ini kerana mereka mahu hidup dalam suasana harmoni selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU13.

Sekali lagi, kita lontarkan pertanyaan. Adakah rakyat di negeri ini khususnya dan negara amnya merestui tindakan pembangkang mencetuskan ketegangan kaum dan provokasi melampau? Jawapannya tentu tidak kerana ramai yang masih rasional dengan menerima keputusan PRU13 dengan sikap terbuka sambil mendukung usaha ke arah keharmonian, keamanan dan perpaduan nasional.

Perlu diingat, sekali kemusnahan berlaku, ia sudah terlambat untuk dibetulkan. Suka atau tidak, semua pihak akan menerima padahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s