Polarisasi kaum tidak sihat kepada negara

images

KERAJAAN Perak di bawah teraju Barisan Nasional (BN) dilihat berjaya mengawal isu polarisasi kaum bawaan DAP yang mendominasi kerajaan negeri itu 11 bulan bersama sekutunya, PAS dan PKR selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Pertukaran kerajaan negeri kepada BN pada awal Februari 2009 dan jatuhnya kerajaan pakatan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu, sedikit sebanyak meredakan ketegangan kaum yang berlaku di negeri itu kesan provokasi melampau penyokong ketiga-tiga parti itu terhadap BN.

Provokasi melampau itu termasuk pemasangan kain rentang yang mengucapkan terima kasih kepada pengundi Melayu Islam yang mengundi DAP dimerata tempat di bandaraya Ipoh dan pinggir bandar.

Ini diikuti ucapan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming diperhimpunan yang diadakan di Stadium Perak yang dengan angkuh dan sombong mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dengan menggantikan ketuanan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, usaha mempersendakan Melayu Islam di negeri itu berterusan apabila mesyuarat exco meluluskan pemberian hak milik tanah selama 999 tahun  kepada seluruh kampung baru di negeri itu yang dilihat bercanggah dengan peraturan di bawah Kanun Tanah Negara.

Kemenangan bersih DAP di DUN dan Parlimen kawasan bandar seperti Ipoh, Batu Gajah, Taiping dan Teluk Intan telah dijadikan tiket di kalangan pemimpin dan ahli-ahli parti itu untuk menyemarakkan isu polarisasi kaum selepas berjaya mengeksploitasi isu itu dalam PRU12.

Kini, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), isu polarisasi kaum dimainkan semula di kawasan bandar di negeri itu bagi mempengaruhi pengundi Tionghua yang kebanyakan menetap di kawasan bandar.

Cukup jelas dengan hanya memainkan isu polarisasi kaum, DAP dilihat terlalu yakin akan mendapat sokongan padu kaum Cina di negeri itu pada PRU13. Isu pembangunan diabaikan kerana kebanyakan infrastruktur dalam bandar telah disediakan oleh kerajaan BN.

Kecenderungan  untuk menjadi kerajaan melalui isu polarisasi kaum dan menjadikan rakyat bahan eksperimen, adalah tidak wajar sama sekali. Ianya tidak sesuai dijadikan bahan propaganda dalam negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pendekatan seperti itu dikhuatiri akan menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat.  Rasa sangsi serta ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat akan memberi kesan buruk terhadap kestabilan negara.

Tindakan membentuk polarisasi kaum bawaan DAP ini juga menjejaskan keyakinan peniaga, pelabur tempatan dan luar negara yang mahu melihat aspek kestabilan politik, hala tuju ekonomi yang progresif dan keyakinan terhadap dasar-dasar pembangunan yang diperkenalkan.

Justeru itu, langkah kerajaan BN Perak menyatupadukan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program transformasi yang mementingkan pembangunan dan rakyat, keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat daripada berpolitik sepanjang masa dapat mengurangkan ketegangan kaum dan rasa tidak puas hati  kesan daripada isu polarisasi kaum itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s