Yang berhormat atau Yang Berkhidmat

4

SELEPAS penamaan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Sabtu ini, bermulalah kempen dan perang poster calon di setiap ceruk dan ruang yang boleh digunakan bagi memberitahu orang ramai, siapakah calon parti politik yang bertanding di kawasan mereka.

Pilihan raya dalam negara demokrasi seperti Malaysia memberi peluang kepada setiap calon parti politik bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dipertandingkan dalam PRU13 yang akan berlangsung 5 Mei ini.

Pada hari penamaan calon biasanya akan diketahui berapa ramai yang mempertaruhkan nasib diri untuk menggapai gelaran yang berhormat. Ada yang sudah menawarkan diri untuk menjadi calon bebas kerana tidak terpilih oleh parti masing-masing atau yang tidak berparti.

Tarikan untuk menjadi yang berhormat begitu kuat sekali. Ini membuktikan bahawa proses demokrasi di Malaysia melalui pilihan raya begitu subur tidak seperti dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sebaliknya.

Jika tiada sebab tarikan untuk menjadi yang berhormat begitu mengujakan lebih daripada segala-galanya, kenapa ramai yang kecewa sanggup melakukan sabotaj dan pelbagai tindakan yang diluar kemampuan akal manusia.

Persoalannya, kenapa  ramai yang beriya-iya mahu mencalonkan diri menjadi yang berhormat sedangkan rakyat yang menjadi pengundi mahukan wakil yang mereka pilih menjadi yang berkhidmat demi kesejahteraan rakyat yang diwakili.

Justeru, timbul kini persepsi mengenai calon touch n go, calon smartag, calon bidan terjun, calon tangkap muat dan sebagainya kerana mereka yang mahukan undi ini berniat hanya mendapat tempat untuk menjadi yang berhormat tetapi mengabaikan rakyat apabila telah terpilih.

Sejak lima tahun lalu, persepsi ini telah tersemat dihati rakyat dan pengundi kerana banyak kawasan khususnya yang diwakili parti pembangkang, wakil rakyatnya seperti nazir sekolah atau menjadi pelawat tamu di kawasannya hingga menyusahkan rakyat untuk berjumpa bagi pelbagai tujuan dan urusan. Oleh sebab itu, mereka dipanggil wakil rakyat touch n go.

Perlu diingat, semangat untuk menjadi calon untuk bergelar yang berhormat semata-mata dan hanya mahu mendapat kuasa dan habuan, sudah tidak relevan lagi dalam suasana politik di Malaysia pada hari ini.

Ini kerana rakyat Malaysia yang kebanyakannya sudah berpendidikan hasil usaha kerajaan, mahukan perubahan minda di kalangan wakil rakyat yang dipilih untuk berkhidmat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membela nasib mereka.

Justeru, jangan hadkan kebijaksanaan pengundi dalam memilih siapa yang mereka mahu pilih untuk menjadi yang berhormat atau yang berkhidmat? Rakyat yang bijak akan memilih calon yang boleh berkhidmat kepada mereka bagi meneruskan agenda pembangunan sosio ekonomi di kawasan mereka.

Oleh itu, sesiapapun yang telah terpilih menjadi calon, contohilah sikap dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak  dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjuang membela nasib rakyat dengan semangat 1 Malaysia dan pelbagai program transformasi yang kini sudah dirasai kesan positifnya di kalangan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s