Komitmen di luar bandar

pedalaman1downloadMASYARAKAT di bandar mementingkan apa yang mereka mahu berasaskan persepsi sedangkan masyarakat di luar bandar mahukan perkhidmatan dan pembangunan fizikal, ekonomi serta pembentukan modal insan di jana berterusan demi masa depan mereka.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membuktikan bahawa sokongan dan harapan penduduk di luar bandar terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup tinggi bagi memenuhi keperluan tersebut.

Berbanding di bandar, segala infrastruktur fizikal sudah mencukupi dan hanya memerlukan penambahbaikan. Ironinya, majoriti penduduk di bandar kini menjadi penentang kerajaan. Ia diibaratkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Justeru, pembentukan kerajaan negeri yang baharu di bawah urus tadbir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan barisan exconya perlu melihat kepada isyarat ini supaya harapan tinggi masyarakat luar bandar kepada kerajaan tidak terhakis.

Jadikan sebelas bulan dulu sebagai pengajaran untuk tidak mensia-siakan setiap undi masyarakat di luar bandar. Jadikan usaha mentransformasikan pekan-pekan kecil di luar bandar sebagai pusat ekonomi baharu yang boleh menjana pendapatan rakyat.

Sebagai contoh, pekan-pekan kecil di Selama, Batu Kurau, Changkat Jering, Gunung Semanggol,Trong, Kuala Kurau, Lubuk Merbau perlu dibangunkan seperti Seri Iskandar dan Kampung Gajah kerana di situ wujudnya kuasa beli yang tinggi masyarakat luar bandar.

Pada suatu ketika, kerajaan negeri telah melaksanakan projek membandarkan desa bagi melonjakkan ekonomi penduduk di luar bandar. Hasilnya terbentuklah bandar baru seperti Seri Iskandar dan Kampung Gajah yang berwajah baharu.

Kita yakin kerajaan baharu yang dibentuk mempunyai keazaman politik untuk merubah wajah luar bandar supaya dijadikan kawasan pusat ekonomi yang pesat membangun

Di samping  itu, usaha keras untuk menarik pelaburan baru dan mensejahterakan masyarakat bandar bagi menjamin kestabilan negeri perlu diteruskan. Ini kerana Perak perlu dibangunkan untuk menjadi sebuah negeri maju sebelum Malaysia mencapai negara maju pada 2020.

Kita sedar, bagi memenuhi hasrat tersebut, ia memerlukan komitmen semua pihak daripada barisan exco, wakil-wakil rakyat mahupun penjawat awam. Dalam konteks ini, penglibatan setiap rakyat dalam usaha kerajaan perlu ditingkatkan.

Pelaksana dalam agensi-agensi kerajaan perlu memahami dan menginsafi bahawa usaha mereka bersama mentransformasikan kemajuan ekonomi masyarakat di luar bandar adalah suatu jihad ekonomi.

Kini PRU13 sudah berakhir. Perlu diingat bahawa majoriti rakyat telah memilih Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri ini. Oleh itu, janganlah lupa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka kerana tanpa undi mereka siapalah kita sebagai penjawat awam. Orang berbudi kita berbahasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s