Perpaduan goyah : Anarkis tunjuk kurang ajar

pelajar-protes

DENGAN 36 kerusi DUN yang dimenangi calon Melayu Islam dalam UMNO, PAS dan PKR di negeri ini, ia sepatutnya sudah mampu membentuk kerajaan tetapi disebabkan perbezaan ideologi politik, mereka hampir hilang kuasa sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

DAP yang memenangi 18 kerusi DUN dan 4 kerusi dimenangi bukan Melayu dalam PKR  dan 1 kerusi MCA hanya mampu memperolehi 23 kerusi DUN secara keseluruhan.

Namun, realitinya Barisan Nasional (BN) turut dianggotai MCA manakala PAS dan PKR terlibat dalam pakatan bersama DAP yang menyebabkan perpecahan ketara di kalangan Melayu Islam.

Perpecahan undi Melayu Islam di negeri ini sudah menunjukkan kerosakan dalam PRU12 dan PRU13. Keputusan ini ternyata merugikan golongan itu sendiri sekiranya tidak bersatu hati dalam mempertahankan kuasa politik yang berada ditangan mereka.

Adalah amat malang bagi Melayu Islam di negeri ini jika isyarat yang sudah jelas di hadapan mata itu dipandang mudah. Ikatan persaudaraan Melayu Islam jika diterjemahkan akan memberi makna  yang lebih besar dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

Diakui atau tidak, perbezaan ideologi politik ini sudah  membawa kerosakan kepada ikatan ukhuwah di kalangan Melayu Islam. Jika tidak dibendung ada kemungkinan perpecahan yang lebih besar akan berlaku dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Justeru, kejayaan UMNO memenangi 30 kerusi daripada 36 kerusi  DUN yang ditandingi menjadi penyelamat kepada BN di negeri ini untuk membentuk kerajaan dari terjahan golongan anarkis.

Dengan hanya 5 kerusi DUN diperolehi PAS dan 1 kerusi yang dimenangi sekutunya PKR, adalah tidak selamat bagi orang Melayu Islam untuk berpaut kepada wakil parti tersebut bagi menjaga kepentingan Islam.

Sepatutnya, risiko kegagalan ini perlu dikaji oleh umat Melayu Islam di negeri ini. Di manakah letaknya kuasa politik di kalangan  anak cucu dan generasi akan datang jika isu perpaduan Melayu Islam ini dilihat remeh dan dikesampingkan.

Justeru, dalam usaha kerajaan mewujudkan perpaduan nasional, adalah amat penting untuk diwujudkan perpaduan di kalangan Melayu Islam terlebih dahulu bagi memastikan survival golongan itu tidak terhakis di tanah air sendiri.

Ini kerana majoriti rakyat kini bimbang dengan tindakan golongan anarkis pada waktu ini yang mahu menjatuhkan kerajaan BN melalui perhimpunan di jalanan kerana kononnya berlaku penipuan dalam PRU13. Namun, sehingga ini, mereka masih gagal menunjukkan sebarang bukti di atas setiap dakwaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menjadi mangsa sikap tidak menghormati undang-undang oleh golongan tersebut. Mana mungkin golongan anarkis ini mampu membentuk kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang tanpa melalui proses pilihan raya yang sama.

Dalam konteks ini, apa yang dikesali ialah orang Melayu Islam juga sudah berani terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam yang disokong oleh majoriti rakyat.

Mereka dilihat sebagai rakyat yang sudah hilang jati diri kerana tidak lagi menghormati sistem demokrasi berparlimen, menolak keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara dengan menafikan suara majoriti rakyat.

Justeru, kerajaan perlu bertindak sebelum majoriti rakyat bersuara. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s