Penguasaan ekonomi melalui perniagaan bukan makan gaji

1
PASCA PRU13 memperlihatkan perdebatan yang sarat dengan emosi oleh pelbagai pihak mengenai kedudukan ekonomi Bumiputera khususnya orang Melayu dalam pasaran ekonomi terbuka.

Apakah tanda aras kejayaan Bumiputera dalam ekonomi sejak merdeka? Adakah kita lihat gedung-gedung perniagaan, pembangunan hartanah dan hotel-hotel yang bercambah di negeri ini dimiliki oleh Bumiputera?

Jika pun ada, bilangannya boleh dibilang dengan jari. Justeru, perdebatan yang beremosi sahaja tidak cukup untuk merubah kedudukan, pengagihan dan penguasaan ekonomi Bumiputera di negeri ini.

Mereka yang sentiasa berdebat mengenai pengagihan dan penguasaan ekonomi Bumiputera perlu merubah diri sendiri sebelum menjadi jaguh hanya di alam maya. Jadikan diri sendiri sebagai icon untuk dimasukkan dalam statistik sebagai golongan Bumiputera yang berjaya menguasai ekonomi. Jadikan diri sendiri sebagai contoh usahawan berjaya supaya menjadi ikutan orang lain.

Perdebatan terbuka mengenai kedudukan ekonomi Bumiputera di negeri ini tidak mengubah apa-apa sekiranya setiap orang hanya bercakap dan beremosi tanpa merujuk kepada fakta. Setiap perdebatan hanya menjurus untuk mencari kesalahan pihak lain untuk dikambing hitamkan. Tiada usaha untuk mengkambing hitamkan diri sendiri seperti yang didakwa.

Justeru, hentikanlah perbuatan menyalahkan orang lain atau kepada kerajaan setiap masa. Bantulah diri sendiri supaya boleh membantu orang lain. Kita perlu sedar bahawa pendapatan atau keuntungan dalam kegiatan keusahawanan adalah lebih lumayan dan lebih tinggi berbanding pendapatan dari sumber lain seperti upah pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi.

Jurang perbezaan relatif ekonomi antara kaum wujud kerana golongan Bumiputera lebih berminat berkecimpung dalam sektor pertanian, sektor awam dan dalam perniagaan berskala kecil. Dari aspek keusahawanan, mereka sangat bergantung kepada kontrak dan perolehan kerajaan kerana kesukaran mendapat kontrak di sektor swasta yang sudah dikuasai golongan ultra kiasu dan kapitalis.

Dalam konteks ini, kerajaan sudah berusaha untuk mengubah cara berfikir golongan Bumiputera supaya menceburi bidang keusahawanan kerana percaya dengan cara itu peratusan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi akan berubah.

Begitu juga dalam penguasaan aset seperti bangunan perniagaan khususnya di Bandaraya Ipoh. Ini kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan aset Bumiputera di kawasan bandar terlampau sedikit dan boleh dihitung dengan jari. Penguasaan Bumiputera banyak tertumpu kepada aset perumahan dan hartanah persendirian.

Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah profesional Bumiputera, namun tumpuan mereka adalah dalam perkhidmatan kerajaan. Justeru, penglibatan mereka dalam sektor swasta perlu diperluaskan untuk memastikan mereka dapat  merapatkan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Suka atau tidak, kaum Bumiputera perlu mempunyai kekuatan untuk menguasai bidang keusahawanan dari sekecil-kecilnya seperti perkhidmatan guaman, klinik, firma arkitek, firma perakaunan, perniagaan runcit hingga perniagaan berskala besar.
Penguasaan ekonomi Bumiputera di masa hadapan akan bergantung kepada keseluruhan modal sosial masyarakat itu sendiri. Ia memerlukan keazaman politik untuk merubah lanskap ekonomi, membangun modal insan, membina kepakaran di setiap peringkat khususnya dalam bidang pengurusan, tahap pendapatan dan tabungan, penguasaan dan mobilisasi aset seperti hartanah dan saham, penguasaan dalam rantaian pembekalan, keupayaan dalam jalinan korporat dan institusi Bumiputera  serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berani kekal bersaing di pasaran ekonomi terbuka.

Kita mengetahui ada hadith yang menyatakan bahawa 90% sumber rezeki adalah dari perniagaan. Masyarakat Cina lebih gemar berniaga dari melakukan kegiatan dan pekerjaan lain walaupun mereka tidak pernah mendengar hadith ini.

Oleh itu, belum terlewat untuk kita memupuk budaya berniaga di kalangan Bumiputera di negeri ini demi mengangkat taraf sosio ekonomi mereka. Dengan menguasai ekonomi dan lebihan pendapatan, kita akan dapat menguasai aset lain seperti hartanah dan saham. Dengan pendapatan yang tinggi, tabungan juga akan meningkat dan boleh digemblengkan untuk pelaburan dan kegiatan ekonomi keseluruhannya. Hanya kemahuan yang kuat mampu mengubah senario ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s