Jangan layan politik keterlaluan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

MUSIM pilihan raya umum sudah berlalu lebih sebulan. Tumpuan kerajaan kini hendaklah  diberikan kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat. Kerajaan tidak perlu membuang masa melayan karenah politik keterlaluan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

Rakyat sudah memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini. Gunakanlah mandat tersebut dengan bijaksana, adil dan berhemah.

Majoriti rakyat sudah memberi isyarat jelas supaya kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencetuskan suasana huru hara dan mencabuli ketenteraman awam di negeri ini.

Ini kerana sekarang adalah masa untuk bertindak bagi memenuhi segala aspirasi rakyat dan memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu. Masa lima tahun akan datang tidak perlu dibazirkan dengan melayan desperado politik yang tidak menguntungkan negeri ini.

Masa depan rakyat khususnya yang memberi sokongan penuh terhadap kerajaan hari ini perlu diberi tumpuan utama, dibalas dan diberikan pembelaan.

Kepada pihak yang tidak menyenangi keputusan pilihan raya umum yang lalu, tunggulah lima tahun lagi. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang memberi hak kepada setiap rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Justeru, jadilah rakyat yang bertanggungjawab demi memacu negeri ini menjadi negeri maju sebelum tahun 2020. Berilah cadangan yang konstruktif yang menguntungkan semua pihak. Hormatilah hak setiap rakyat untuk menikmati suasana hidup yang aman dan tenteram.

Kini rakyat di negeri ini menunggu apa yang akan berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Adakah rakyat sekali lagi akan dihadapkan dengan drama politik sarkas yang tidak berkesudahan seperti penggal lepas?

Sedarlah bahawa rakyat sudah muak dengan gelagat desperado politik yang membuang masa, tidak konstruktif dan menonjolkan aksi di luar peradaban dan ketatasusilaan.

Kita juga perlu sedar bahawa polarisasi kaum yang melebar di negeri ini hasil PRU12 dan PRU13 tidak membantu negeri ini untuk muncul sebagai negeri maju seperti yang dirancang, kerana wujudnya persepsi curiga mencurigai antara kaum.

Aksi ‘hebat’ yang ditonjolkan oleh pihak tertentu hanya mengelabui pandangan rakyat untuk menutup kelemahan mereka sedangkan mereka bukanlah hero yang sebenar.

Justeru, ketegasan kerajaan amat diperlukan dalam menangani situasi ini supaya rakyat yang berada teguh di belakang kerajaan dapat melihat adanya langkah proaktif yang diambil bagi melindungi mereka daripada malapetaka politik.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s