Pantau kerja wakil rakyat pembangkang

1

KERAJAAN tidak wajar lagi dibebankan oleh rungutan penduduk di kawasan dimenangi pembangkang kerana mereka telah memilih wakil rakyat yang mereka kehendaki  yang sepatutnya sudah memulakan kerja dan amanah yang diberikan selepas pilihan raya umum lalu.

Di negeri Perak, pembangkang telah memenangi 28 kerusi DUN dan 12 kerusi Parlimen daripada 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Majoriti kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi oleh pembangkang adalah di kawasan bandar dan selebihnya di kawasan luar bandar di utara Perak.

Seperti lazimnya pada penggal yang lalu, rakyat dimomokkan bahawa wakil rakyat  di kawasan pembangkang tidak mempunyai peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan mereka.

Dengan alasan itu, rakyat yang berhadapan masalah untuk mendapatkan bantuan akan kehilangan sokongan daripada wakil rakyat yang mereka pilih, sebaliknya menyerahkan masalah itu kepada kepimpinan kerajaan.

Sikap lepas tangan ini amat dikesali. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar, wakil-wakil rakyat pembangkang sewajar boleh berperanan lebih ke hadapan kerana kebanyakan jabatan kerajaan berada di kawasan bandar yang membolehkan mereka berurusan menyelesaikan masalah rakyat.

Namun, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai wakil rakyat pembangkang yang lari daripada berhadapan masalah rakyat setelah menang pilihan raya. Rakyat hanya dijadikan alat untuk mereka meraih kerusi dan kedudukan. Selepas itu, kebajikan rakyat diabaikan dan pandai-pandailah mereka mencari tempat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Persoalannya ialah jika pembangkang sudah tahu mereka tidak boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kenapa berjanji bahawa mereka boleh memberikan bulan dan bintang semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

Pendekatan tidak profesional pihak pembangkang ini sebenarnya merugikan rakyat. Walaupun mereka mempunyai wakil, tetapi suara mereka tidak sampai ke pengetahuan kerajaan.  Akhirnya, kerajaan juga dipersalahkan sedangkan wakil rakyat pembangkang yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat bertindak sebaliknya.

Umum mengetahui bahawa peranan wakil-wakil rakyat di kawasan pembangkang khususnya di kawasan bandar telah diambilalih oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan aktivis parti yang kalah.

Ini kerana kebanyakan aduan penduduk bandar seperti masalah kutipan sampah, jalan berlubang, banjir kilat dan sebagainya adalah berkaitan dengan tugas pihak berkuasa tersebut.

Justeru, aduan penduduk yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan wakil-wakil rakyat pembangkang selepas lebih sebulan pilihan raya umum berlalu, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan. Mereka lepas tangan kerana ada pihak lain yang boleh menyelesaikan masalah rakyat.

Apa pun rungutan yang muncul, pengundi yang telah memilih mereka. Jadi, dalam keadaan ini mereka perlu bertindak sebagai pemantau prestasi wakil rakyat di kawasan masing-masing dan bukannya meminta kerajaan menjadi pemantau untuk tujuan itu.

Kesedaran rakyat di kawasan naungan pembangkang untuk memantau sendiri prestasi wakil rakyat akan menyedarkan mereka supaya tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum akan datang. Kini nasi sudah menjadi bubur. Mereka yang mampu mengubahnya supaya tidak lagi ditipu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s