DUN Perak : Suara Melayu PKR PAS tenggelam

 

 2

UMNO belum kuat di Perak selagi tidak dapat memenangi 36 kerusi DUN untuk menjadikan kedudukannya lebih stabil berikutan masalah parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC, MCA, PPP dan Gerakan yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Cakap-cakap UMNO Perak kuat hanya untuk menyedapkan hati kerana ia menjadi penyelamat BN apabila memenangi 30 kerusi daripada 36 kerusi yang ditandingi. Untuk rekod, UMNO pernah menang 36 kerusi DUN di Perak dan ia tidak mustahil untuk diulangi semula bagi kestabilan politik di negeri ini.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN yang mana 30 dimenangi UMNO dan 1 kerusi dimenangi MCA atas tiket BN. Gerakan, PPP dan MIC tidak memenangi sebarang kerusi. Pembangkang memenangi 28 kerusi iaitu 18 DAP, 5 PKR dan 5 PAS.

Daripada rekod ini, jelas membuktikan bahawa UMNO tidak boleh lagi bersandarkan harapan kepada keempat-empat parti komponen tersebut dalam PRU14 bagi menyelamatkan BN daripada tersungkur sekali lagi di negeri ini seperti PRU12.

UMNO perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat di 6 kerusi DUN yang kalah iaitu Kuala Kurau, Titi Serong dalam kawasan Parlimen Parit Buntar, Selinsing, Gunung Semanggol dalam kawasan Parlimen Bagan Serai, Changkat Jering  dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Sungai Rapat dalam kawasan Parlimen Gopeng.

Sementara memberi perhatian kepada kerusi yang kalah, UMNO  wajib memberikan tumpuan lebih seratus peratus kepada rakyat yang memilih UMNO di 30 kawasan yang dimenangi  dan meningkatkan usaha untuk menambah jumlah undi  di kawasan DUN yang dimenangi dengan majoriti undi tipis.

Justeru, dalam menghadapi PRU14, ahli UMNO khususnya tidak boleh lagi dilihat atau memperlihatkan sikap sombong dan bongkak kepada kalangan yang bukan ahli kerana sokongan orang Melayu Islam di negeri ini adalah bersebab.

Kepimpinan parti di bahagian Gopeng, Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar khususnya wajib dirombak dalam pemilihan parti yang tidak lama lagi bagi menyelamatkan maruah UMNO di kawasan tersebut.

Umum mengetahui bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah dalaman dari aspek kepimpinan, kekurangan calon berpotensi dan perbuatan sabotaj hingga menyebabkan calon DUN dan Parlimen yang bertanding  kecundang. Ini belum lagi termasuk lain-lain faktor seperti perpindahan pengundi secara besar-besaran yang turut merebahkan UMNO di kawasan tersebut.

Sementara itu, kemenangan hanya 6 kerusi DUN muka Melayu Islam dalam PKR dan PAS di negeri ini turut menimbulkan persoalan kerana 22 kerusi yang didominasi bukan Melayu jelas menenggelamkan suara mereka.

Keputusan itu mempamerkan bahawa perjuangan PAS dan PKR di negeri ini diibaratkan hanya kuat berkokok tetapi ekor bergelumang najis yang sanggup menggadaikan hak bangsa dan maruah agama demi kuasa untuk dikongsi dengan musuh-musuh Islam.

Justeru ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai prestasi UMNO dalam PRU13 perlu dikaji dan langkah-langkah penambahbaikan hendaklah  dilakukan secara terancang walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu kerana ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

“Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO,” kata Dr. Mahathir.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu ada kebenarannya kerana orang UMNO yang menjadi warlord di bahagian masih berfikiran primitif yang mendakwa diri sendiri berpengaruh sedangkan rakyat di bawah jelas menolak kepimpinan mereka.

Orang Melayu yang jelek dengan tindakan PKR, PAS dan DAP mahu UMNO balik kepada perjuangan asal – perjuangan untuk Islam, Melayu dan Negara. Jagalah hati dan perasaan mereka yang mengundi UMNO terutamanya orang Melayu.

Janganlah masih lagi terhegeh-hegeh (selepas PRU13) cuba mengambil hati kaum dan pihak yang terkinja-kinja menyokong pembangkang. Janganlah keterlaluan memperuntukkan bajet berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapatkan undi mereka seperti yang berlaku dalam kempen PRU13 kerana ini menyinggung perasaan orang Melayu. Jika kecenderungan ini berterusan, dibimbangi majoriti orang Melayu akan berubah arah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s