Budaya hedoisme serapi pelajar bandar

images (1)

“SYABAS!!! Anda hadir ke sekolah hari ini..Paparan ayat ini banyak dilihat pada kain rentang di sekolah-sekolah di negeri ini yang mengingatkan pelajar dan ibu bapa  supaya tidak memberi alasan yang tidak munasabah apabila anak-anak  mereka tidak hadir ke sekolah.

Banyak alasan yang diberikan oleh ibu bapa apabila anak mereka tidak hadir ke sekolah. Begitu juga banyak alasan yang diberikan oleh pelajar kenapa mereka tidak hadir ke sekolah.

Antara alasan yang popular ialah tekanan hidup di bandar yang menyebabkan ibu bapa tiada mempunyai masa untuk memantau perlakuan anak-anak di rumah dan di sekolah.

Persoalannya ialah kenapa gejala ini berleluasa berlaku di bandar yang melibatkan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang sosio ekonomi yang mantap hingga yang dibelenggu masalah kemiskinan. Dengan prasarana yang lengkap di sekolah bandar, anak-anak kita masih menunjukkan sikap negatif tidak mahu ke sekolah.

Apakah tarikan di rumah lebih baik daripada di sekolah atau budaya suka berhibur (hedoisme) menjadi sebab kelekaan mereka untuk menuntut ilmu pada usia muda?

Pihak pengurusan sekolah telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan anak-anak kita hadir ke sekolah termasuk memanggil ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai rekod tinggi tidak hadir ke sekolah.

Di sebuah sekolah di pusat bandar di negeri ini, terdapat kes ibu bapa yang tidak tahu anak mereka tidak hadir ke sekolah hampir setahun dan meminta guru kaunselor sekolah menangani masalah itu.

Jiwa anak-anak di bandar tidak teguh dengan pelbagai tarikan hedoisme yang memeningkan pihak pengurusan sekolah apatah lagi terdapat ibu bapa yang bersikap lepas tangan seperti dalam kes di atas.

Dalam konteks ini, kita harus sedar bahawa gejala ini terbentuk di rumah apabila ibu bapa tidak mengambil kisah pendidikan anak-anak dan tidak memantau perlakuan anak-anak di luar rumah.

Bagi mengatasi gejala ini, ibu bapa perlu diberi kaunseling bersama anak-anak mereka yang bermasalah supaya masalah ini tidak berterusan membebankan pihak pengurusan sekolah.

Budaya hedonisme ini semakin mempengaruhi sikap pelajar di bandar. Ia tidak menjadi situasi yang luar biasa kerana terdapat kalangan ibu bapa yang membudayakannya dalam keluarga.

Justeru, cara terbaik untuk menangani gejala ini ialah dengan mendidik diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran agama.

Ini penting kerana petanda keruntuhan modal insan dalam kalangan anggota masyarakat semakin membahang di kalangan kita setiap hari hingga menjangkiti sikap anak-anak kita yang masih di alam persekolahan.

Nampaknya, di era teknologi maklumat ini, mengurus pelajar di bandar lebih sukar berbanding mengurus pelajar di luar bandar yang jiwanya lebih kental hingga mampu meletakkan mereka di mercu kejayaan walaupun tidak mempunyai prasarana terbaik seperti di bandar.

Oleh itu, hendak melentur anak biarlah dari rebungnya. Tidak guna lagi jika sudah menjadi buluh. Kesal dulu pendapatan, kesal kemudian tidak berguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s