WANITA DIGESA BERTINDAK KE ATAS PENIAGA YANG TAMAK MENAIKKAN HARGA BARANG

mesyuarat ashby road

IPOH (19 April 2015) – Wanita di negeri ini digesa bersama-sama kerajaan dalam menangani sikap tamak para peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan sesuka hati berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula  1 April lalu.

Pengerusi Majlis Pengupayaan Wanita Negeri Perak, Hajjah Sharifah Nor Hashimah Syed Kamaruddin (gambar) berkata, berdasarkan pengalamannya terdapat peniaga menjual buah-buahan dengan mengenakan GST sedangkan buah-buahan yang dibeli itu tiada dalam senarai dikenakan GST dan peniaga tersebut tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam.

“Peniaga juga gagal menunjukkan kod pendaftaran dengan Jabatan Kastam bagi pembelian barangan yang dikenakan GST. Saya minta ahli masyarakat bertindak dan mengambil tahu caj-caj yang dikenakan peniaga kerana banyak barangan keperluan tidak dikenakan GST,” katanya ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Jalan Ashby, di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat perlu memahami kenapa kerajaan melaksanakan cukai tersebut kerana tidak semua barang keperluan dikenakan cukai.

“Masalah yang berlaku sekarang adalah hasil tindakan pihak tertentu yang mahu menggagalkan setiap dasar yang diperkenalkan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Ipoh Barat pada masa sama merayu kalangan ahli-ahli wanita UMNO supaya mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi pilihan raya umum keempat belas (PRU14).

“Setiap yang hadir mesyuarat hari ini hendaklah memastikan ada ahli keluarga dan rakan-rakan pergi mengundi. Antara sebab kekalahan dalam pilihan raya ialah terdapat ahli yang tidak boleh mengundi kerana tidak berdaftar dengan SPR,” katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s