Graduan Perubatan Tajaan MARA : Apa sudah jadi?

OKTOBER 2015 sudah berlalu, namun bagi sebahagian besar graduan perubatan tajaan MARA masih menunggu penempatan mereka di hospital kerajaan sebagai doktor pelatih (housemanship).

Bila penantian mereka akan berakhir tidak diketahui. Ramai yang sudah beralih arah mencari kerjaya lain berikutan masalah tersebut.

Ramai di kalangan mereka adalah lulusan universiti di Dublin, Ireland dan merupakan pelajar cemerlang dari seluruh negara yang mendapat tajaan MARA.

Bayangkan jutaan ringgit dibelanjakan bagi membiayai mereka belajar di luar negara. Sekembalinya ke tanah air, mereka gagal ditempatkan di hospital kerajaan sebagai doktor pelatih.

Sekiranya mereka disyaratkan untuk menjalani latihan di hospital swasta, kemungkinan tiada masalah penempatan.

Namun, setiap graduan perubatan di negara ini dikehendaki menjalani latihan di hospital kerajaan untuk diiktiraf sebagai doktor dan pengamal perubatan. Sekiranya mereka pelajar bidang perniagaan dan bukan bidang kritikal yang diperlukan negara, masalah ini mungkin boleh di pandang sebelah mata oleh pihak berwajib,

Justeru, mereka yang terlibat mengharapkan kerajaan dapat melihat permasalahan ini dengan segera dan tidak terus menghantar pelajar perubatan ke luar negara selagi masalah penempatan graduan perubatan  ini tidak diatasi.

Pada 7 Julai 2016, Kementerian Kesihatan dilaporkan sedang mencari jalan penyelesaian kepada masalah graduan perubatan yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat tempat sebagai doktor pelatih di hospital kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pihaknya telah memulakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengatasi masalah itu.

“Saya sudah bincang dengan JPA dan SPA dan dijangka satu penyelesaian akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Apabila ada penyelesaian, sekali gus kita akan selesaikan isu doktor-doktor baharu itu tunggu lama untuk jawatan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama.

Menurut Subramaniam, setiap tahun antara 5,000 hingga 7,500 graduan perubatan keluar dari institusi pengajian tinggi berdaftar untuk menjalankan latihan di hospital kerajaan.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ashok Zachariah Philip menjangka graduan perubatan sukar mendapat tempat sebagai doktor pelatih di hospital kerajaan pada masa depan jika jumlah pengambilan pelajar dalam bidang itu tidak dikurangkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata ada sejumlah doktor pelatih yang tidak dapat menghabiskan ‘latihan’ dalam tempoh dua tahun, menyebabkan tiada kekosongan untuk doktor pelatih.

“Ada antara mereka yang mempunyai kebolehan dan ada yang kurang pengetahuan, isu displin, menyebabkan graduan perubatan tidak dapat menamatkan latihan dalam tempoh dua tahun.

Bila tidak tamat, maka jawatan itu tidak kosong. Orang lain tidak boleh masuk dan mengisikannya. Inilah masalah yang menyebabkan doktor yang berdaftar kena menunggu sehingga tujuh bulan,” katanya.

Dr Subramaniam memaklumkan setiap pelajar perubatan diwajibkan menjalani latihan selama dua tahun di hospital-hospital kerajaan sebelum mereka di ambil bekerja.

Pada 21 Mac 2017,  Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kira-kira 25 hingga 30 pera­tus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh ditetapkan kerana tidak kompeten.

Situasi tersebut sekali gus menyumbang kepada masalah penempatan doktor pelatih yang baharu berikutan mereka yang sedia ada terpaksa menyambung tempoh latihan.

Menurutnya, terdapat sekitar 5,000 graduan perubatan baru setiap tahun yang memerlukan mereka menjalani latihan.

Diakui masalah ini memang ‘perpetual’ (berterusan) disebabkan (mereka) tidak kompeten. Mereka terpaksa menyambung lagi tempoh latihan dan ramai graduan yang tidak dapat menjalani latihan perubatan,” kata­nya menjawab soalan tambahan Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) dalam sidang Dewan Rakyat.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) menge­nai jumlah doktor, Hilmi memberitahu, Malaysia memerlukan pertambahan bila­ngan golongan berke­naan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini terus kekal sebagai antara terbaik di dunia.

Pada masa ini jelasnya, Malaysia mempunyai 46,491 doktor dalam sektor awam dan swasta yang bersamaan nisbah seorang doktor bagi setiap 667 penduduk.

“Negara masih memerlukan pertambahan bilangan doktor disebabkan peningkatan bila­ngan penduduk serta beban penya­kit dan jangkaan rakyat yang tinggi agar Malaysia dapat mengekalkan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia,” ujarnya.

Daripada pelbagai kenyataan tersebut adalah didapati masalah penempatan graduan perubatan untuk menjalani latihan sebagai doktor pelatih bukan sahaja melibatkan pelajar tajaan MARA bahkan melibatkan lain-lain penaja.

Justeru, adalah diharapkan masalah ini tidak terus berpanjangan kerana ia merupakan satu kerugian kepada negara sekiranya nasib pelajar-pelajar cemerlang ini terus diabaikan.

Kongsi berita ini:

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: