Jom Sayang Solat – Ustaz Kazim

SELAWAT ke atas Rasul bergema di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada pagi Selasa 23 Mei 2017 dengan kehadiran lebih 800 peserta yang menyertai Program Ambang Ramadan anjuran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

Program yang disertai kakitangan perkhidmatan awam, badan bukan kerajaan (NGO) wanita dan aktivis masyarakat itu menerima sambutan menggalakkan dengan pengisian tazkirah, solat Dhuha, Hajat dan Tasbih.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Puan Adibah Mohd Ribea telah memimpin jemaah untuk menunaikan ketiga-tiga solat sunat itu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim.

Sementara itu, pendakwah popular, Datuk Ustaz Kazim Elias dalam tazkirahnya mengajak wanita menggunakan kelebihan yang dikurniakan Allah S.W.T untuk mengajak anggota keluarga supaya sayangkan solat untuk mencegah kemungkaran.

Katanya, tanpa ilmu dikhuatiri ibadah yang dilakukan tidak sah dan tidak diterima. Kewujudan media sosial pada hari ini menyebabkan kerja ibadah tidak diterima kerana perbuatan mengumpat, memfitnah, tidak menjaga ibu bapa, kurang bersedekah dan tidak menjaga hati.

Untuk mencegah ahli keluarga daripada terlibat dalam aktiviti yang sia-sia, beliau mengajak wanita menggerakkan usaha menarik golongan muda mengimarahkan masjid.

“Jom sayang solat,” katanya untuk mendapat hidayah dengan memujuk anak-anak dan suami solat di masjid.
ambang ramadan

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s