Senarai calon tidak bermakna jika parti kalah

ADALAH menyesakkan fikiran jika tujuan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak masuk ke gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk melihat kekalahan iaitu dengan selambanya memberikan ‘walkover’ kepada parti lawannya seperti yang diperlihatkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Berbanding pertarungan sengit di antara parti-parti Melayu, gerak kerja parti-parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India pada masa itu amat memeranjatkan. Tidaklah wajar dipaparkan kelemahan gerak kerja dan permasalahan yang dihadapi. Namun, ia perlu diatasi segera.

Sekadar menjadi calon untuk kalah bukan kali inilah (PRU14). Jika persediaan dibuat ala kadar maka keputusannya nanti akan jadi ala kadar. Setelah mengharungi PRU12 dan PRU13 dengan kekalahan teruk, adakah parti-parti komponen BN ini sekali lagi akan memberikan ‘walkover’ pada parti lawan?

Berdasarkan rekod PRU13, pembangkang atas nama Pakatan Rakyat telah memenangi 28 kerusi iaitu DAP 18, PKR 5 dan PAS 5. Daripada 5 kerusi di menangi PKR, hanya seorang ADUN Melayu. Bakinya Cina (3) dan India (1). ADUN DAP pula majoritinya dari kalangan kaum Cina.

Di peringkat Parlimen, UMNO memenangi 10 kerusi, MIC 1, MCA 1 manakala DAP 7, PKR 3 dan PAS 2. Pola pengundian dalam PRU12 dan PRU13 menunjukkan pertembungan parti dominan antara pengundi Melayu yang menyokong UMNO dan bukan Melayu yang menyokong DAP.

Lanskap politik perkauman yang diperlihatkan daripada pola pengundian ini wajar diperbetulkan. Jika sebaliknya, sentimen ini akan dibawa dalam PRU14 dan dilihat tidak sihat bagi sebuah negara majmuk.

Menyedari keadaan ini, selepas PRU12, jentera UMNO dilihat telah berhempas pulas untuk memenangi semula hati pengundi bandar dan terus menabur bakti kepada pengundi di luar bandar.

Keputusannya dalam PRU13, walaupun berlaku tsunami politik di kalangan bukan Melayu, UMNO berjaya bangkit semula dengan menguasai kerajaan Negeri Perak dengan 30 kerusi DUN dan hanya 1 kerusi DUN dimenangi MCA. Itupun di kawasan majoriti Melayu.

Jadi, timbul tanda tanya adakah tagline DAP ‘Ini kali lah’ terus menguasai sentimen pengundi-pengundi Cina dan India dalam PRU14 akibat lemahnya gerak kerja parti-parti komponen BN di kawasan Lembah Kinta dan kawasan bandar di negeri itu?

UMNO sebagai parti teras dalam BN telah memberi begitu banyak keistimewaan dan peluang dari segi jawatan dalam kerajaan kepada MCA, GERAKAN, MIC dan MYPPP walaupun prestasi parti-parti tersebut merudum teruk dalam PRU12 dan PRU13.

Sekadar menyenaraikan calon PRU14 kepada pucuk kepimpinan BN, tidak bermakna jika tidak boleh menjanjikan kemenangan. Begitu juga bakal-bakal calon UMNO di negeri itu yang merasakan tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti adalah lebih baik menarik diri daripada dicalonkan. Sekadar perasan calon popular tidak mencukupi jika rekod peribadi dilihat buruk pada penglihatan pengundi.

Calon-calon ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga perlu disaring supaya tidak mensabotaj gerak kerja parti seperti yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. Mereka ini  mensabotaj persediaan logistik dengan tujuan mengalahkan calon. Namun, kerja kuat skuad JR telah menghasilkan kemenangan.

Justeru, parti-parti komponen BN di negeri itu wajar membuang ego berebut kerusi sedangkan parti kalah. Buang ego dengan turun padang bersama UMNO berkempen dari rumah ke rumah mengenali pengundi, berbakti dan menguasai pemikiran pengundi supaya menyokong BN.

Jika anda sebagai bakal calon tidak menjiwai prinsip BN, bagaimana mahu memenangkan BN. Jadi, sejarah pengaliran undi ahli parti komponen BN kepada parti lawan dalam PRU12 dan PRU13 wajib dipantau sebelum PRU14.

Langkah ini penting untuk memastikan BN terus kekal menguasai kerajaan negeri itu dengan majoriti lebih dua pertiga.

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s