Jom Sayang Solat – Ustaz Kazim

SELAWAT ke atas Rasul bergema di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada pagi Selasa 23 Mei 2017 dengan kehadiran lebih 800 peserta yang menyertai Program Ambang Ramadan anjuran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK). Program yang disertai kakitangan perkhidmatan awam, badan bukan kerajaan (NGO) wanita dan aktivis masyarakat…

Graduan Perubatan Tajaan MARA : Apa sudah jadi?

OKTOBER 2015 sudah berlalu, namun bagi sebahagian besar graduan perubatan tajaan MARA masih menunggu penempatan mereka di hospital kerajaan sebagai doktor pelatih (housemanship). Bila penantian mereka akan berakhir tidak diketahui. Ramai yang sudah beralih arah mencari kerjaya lain berikutan masalah tersebut. Ramai di kalangan mereka adalah lulusan universiti di Dublin, Ireland dan merupakan pelajar cemerlang…

Wanita pantau peniaga tamak

IPOH (19 April 2015) – Wanita di negeri ini digesa bersama-sama kerajaan dalam menangani sikap tamak para peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan sesuka hati berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula  1 April lalu. Pengerusi Majlis Pengupayaan Wanita Negeri Perak, Hajjah Sharifah Nor Hashimah Syed Kamaruddin (gambar) berkata, berdasarkan pengalamannya terdapat…

Didik anak-anak tidak bergantung kepada pembantu rumah

BERKERJAYA atau menjadi suri rumah sepenuh masa? Persoalan ini menghantui benak dan fikiran ramai wanita apabila berhadapan masalah mendapatkan pembantu rumah bagi menguruskan anak-anak sewaktu keluar bekerja. Bagi pasangan yang mempunyai anak kecil dan berpendapatan lebih RM5,000.00 sebulan belum tentu mampu untuk mengeluarkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM8,000.00 seperti yang diumumkan oleh kerajaan…

Bersyukur atas segala nikmat tinggal di Malaysia

SUJUD dan syukur. Itulah keperibadian yang wajar dipupuk di kalangan umat Islam di negara ini kerana dapat menyambut kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak dalam suasana aman harmoni walaupun negara ini turut dihuni oleh masyarakat majmuk berbilang agama. Adalah mustahil untuk menyambut kemuliaan Ramadan dalam suasana seperti itu sekiranya negara kita turut terlibat dalam kancah krisis…

Budaya hedoisme serapi pelajar bandar

“SYABAS!!! Anda hadir ke sekolah hari ini..Paparan ayat ini banyak dilihat pada kain rentang di sekolah-sekolah di negeri ini yang mengingatkan pelajar dan ibu bapa  supaya tidak memberi alasan yang tidak munasabah apabila anak-anak  mereka tidak hadir ke sekolah. Banyak alasan yang diberikan oleh ibu bapa apabila anak mereka tidak hadir ke sekolah. Begitu juga…